28 December 2009

Majlis perkahwinan Megat dan Pasangannya..

Bismillahirrahmanirrahim....

Kali ni cuma nak update majlis perkahwinan megat dan pasangannya yang telah berlangsung di Ampang pada 20.12.2009..Pasangan yang sgt2 sporting walaupun baru pertama kali berjumpa..Megat ni merupakan adik ipar kepada salah seorang bos di opis ku..Jadi beliau telah mengamanahkan kepada aku dan ajey (nazarudindahlot.fotopages.com) untuk merakamkan saat2 bahagia mereka..layan jer la yer apa yang ada...

21 December 2009

Alkisahnya Lepas dah Kawen

Bismillahirrahmanirrahim...
Dah lama sangat tak menulis ni..dah bersawang dah rasanya blog...hehehe..maklumla cuti panjang...rasa macam cuti semester plak..ekekeke...malas benor rasanya nak msk keje..suka-suki tak nak masuk keje nak jadi ape...jadi tarzan..hehehehe...Alhamdulillah dah selesai semua majlis setelah berbagai ranjau berduri di tempuh..Chewahhh...Kepada kengkawan yang datang masa majlis tempoh hari ribuan terima kasih diucapkan..mana yang bagi hadiah tu tocey-tocey..tqvm..yang tak dapat datang x per...masing-masing pun ada agenda dan hal kn....doa kalian semua dah cukup untuk teman..hehehe..kepada makcik-makcik,pakcik-pakcik,sedara-sedara dan pada mereka yang datang rewang @ 'kejobos' tu pun berbanyak terima kasih diucapkan..tanpa pertolongan anda semua semua siapalah diriku ini..hehehe..sebab ramai sangat yang dah tanya mana gambarnya so kn la publish skit dalam ni kan..nak tgk lebih lagi kn la minta kemudian bila album dah siap yer....apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada atong & syam yang sudi menjadi photographer pada majlis di Chini, pahang dan tak lupa gak pada ajey,darul & brother kamarul yang sudi menjadi photographer di majlis di Tg. Karang,Selangor...Eh,ada lagi satu teman lupa pada Cik Elli**a yang turut membantu jadi mak andam terjun untuk sesi night outdoor kat sekitar putrajaya...walaupun hujan pada mulanya alhamdulillah berjalan lancar dan sempurna..Terima Kasih semua..tocey2...arigato..Trimas..pakej la yang sewaktu dengannya..Ni kalau nak cerita perjalanan majlis memang jenuh la sbb macam2 jadi bermula la ketika perjalanan ke pahang smpi la majlis kat kampung ..Takper la tu semua sebagai kenangan kan..Layan jer la gambar-gambar yang ada ni yer...










30 November 2009

Jemputan Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti yang korang tau dan bagi yang tak tau, aku akan melangsungkan perkahwinan pada
12 Disember 2009 (Sabtu) . Jadi kepada semua sahabat, kengkawan, sedara-sedara, tuan-tuan, Puan-puan adalah dijemput untuk hadir ke rumah aku nanti bagi memeriahkan lagi majlis... Di sini aku sertakan undangan dan pelan lokasi majlis berlangsung..doakanlah agar segala-galanya berjalan dengan lancar yer..amin...

p/s: Maaf ye, tak sempat nak hantar kad kepada semua atas sebab-sebab apa ntah..aku pun tak tau.. :-)


12 November 2009

Istiadat Konvokesyen UNISEL 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ni nak update skit pasal istiadat konvokesyen UNISEL yang berlangsung di Kampus Unisel Berjuntai Bestari pada 31.10 & 1.11.2009...Alhamdulillah semua selesai walaupun pelbagai dugaan yang datang....maklumla team SnapDigital (diketuai oleh abg. zaini) ni pun pertama kali rasanya dapat buka studio gambar masa konvo..mula-mula agak kelam kabut gak nak layan para graduan yang nak bergambar,maklumla bile kuar dr dewan punya la ramai masing-masing datang menyerbu..tp alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan..aku pun sebenarnya tak pernah lagi masuk UNISEL ni..kira 1st time la..setakat lalu kat depan da banyak kali dah..hehehe...so layan la gambar2 kandid yg ada ni sebab tak banyak pun amik gambar oleh kerna kesibukan bertugas di studio kami..hehehe..

*** antara gerai menjual bunga (time aku dulu ada orang bagi bunga ker?)hehehe
*** bersama meraikan kejayaan seorang anak
*** antara graduan yang hadir pada istiadat konvokesyen pada hari tersebut....


*** posing sakan akak kita ni...minta izin amik gambar eh kak..hehehe..
*** ni plak member se angkatan melakukan aksi "terbang katak@ katak terbang"..ups,ada ker terbang katak?
*** ha,jgn salah sangka yer..yang ni bkn graduan..tapi petugas merangkap member se'Politeknik' dl..mmg lama bebeno tak jumpa..last dl pun masa kat poli thn 2003 kot..cuma tau la dia keje kat UNISEL tapi tak pernah jumpa..kali ni plak ada rezki dapat jumpa..makin shat dah yer..ekekeke....

p/s: kepada mereka yang telah mengunjungi dan mendapatkan khidmat kami di studio SnapDigital diucapkan ribuan Terima Kasih..Tocey2...Arigato...Trimas..Insyaallah gambar anda sedang dalam proses dan anda akan dihubungi bila semuanya telah selesai....

09 November 2009

Mencari dan Menyelamat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama tak menjenguk blog ni..Maklumla agak sibuk lebih-lebih lagi mggu lepas ada pertandingan pejabat terbaik jabatan..jadi aku sebagai kapitan menyibuk la mana yang patut....Tp gambar yang kat bawah ni bukan pasal pejabat,,..Tapi pasal usaha-usaha untuk mencari dan menyelamat..chewah...bukan la..usaha untuk mencari dan membawa kayu api yang akan digunakan untuk memasak masa kenduri nanti..kenduri ape eh???.Kat kampung aku ni untuk kenduri kebyakan masih menggunakan kayu api..lebih sedap katanya..tak tau la betul ker?Kerja-kerja dijalankan seawal jam 8 pagi lagi dibantu pakcik-pakcik dan sepupu..terima kasih u all semua..sbb klu aku yang bt sorang alamatnya mau bersambung minggu depan plak..sakit semua satu badan..maklumla dah lama tinggalkan bidang menyawit (potong kelapa sawit) dan kerja-kerja berat..dengan cuaca yang panas yang sangat terik,laluan untuk mengangkat yang tak rata ..tuhan jer yang tau..dah macam mandi rasanya...dengan kerjasama dari semua akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya..masa tengah berpanas itu la aku terbayang petani-petani,peladang yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi di bawah terik mentari...betapa tabah dan bersabarnya mereka..sedangkan kita ni yang keje dlm air cond pun kadang-kadang mengeluh..aircond sejuk sgt la,air cond tak kuat la..(syukur la nak)..jadi pada kita yang kerja dlm pejabat ni (ada aircond) jangan plak kita lupakan mereka yang bekerja di bawah terik matahari..hargailah mereka..kerana sesungguhnya kita lebih bertuah dari mereka..
macam dalam iklan tu..sebutir nasi ibarat setitik peluh petani..hehehe...jadi klu makan nasi makan la smpi habis tau...hehehe..

* antara kayu yang berjaya dikumpulkan...kalau kat kampung aku benda yang digunakan untuk mengisi barang tu di panggil treler (tp dlm sebutan jawa dia jd la 'geledekan')..wakakaka..

* ketika ni cuaca lebih kurang pukul 10 lebih tp panas terik yang teramat sangat..

* begini la cara membawa kayu di lakukan..iaitu dengan cara mengusung sedikit demi sedikit.. * kayu yang berjaya di kumpulkan..lebih kurang 3 treler@ 'geledekan' dpt dikumpulkan..alhamdulillah walau pun bersusah-susah dulu akhirnya selesai juga..terima kasih pada semua yang membantu..
p/s:-
-bahu dan tangan aku ni rasanya terseliuh agaknya..dah dari minggu lepas dah.masa angkat-angkat almari kat opis...tp sejak angkat smlm makin sakit plak..nak angkat pun sakit..tido pun boleh mengiring 1 side jer..bawa kete pun sblh tgn.nasib auto..tak perla,mudah-mudahan esok elok la harap2nya..amin..

29 October 2009

Pakej Konvokesyen

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuma nak tolong member photographer seangkatan promosikan Khidmat Gambar Studio Konvokesyen...Pada hujung Minggu ni (31/10 & 1/11/2009) bertempat di UNISEL berjuntai Bestari team SnapDigital (milik bumiputra) akan membuka Gerai bagi memberikan khidmat bergambar untuk mereka yang akan menerima Ijazah atau diploma masing-masing dengan kadar yang amat berpatutan,,Jadi pada mereka yang ada saudara-saudara,kawan-kawan,makcik-makcik,abang,adik,akak pakej la yang akan berkonvo pada hari tersebut boleh la datang ke gerai Snap Digital ni nanti yer..hehehe...

bagi yang berminat nak dapatkan pakej outdoor bersama teman-teman atau family ketika konvokesyen bolehla berhubung terus dengan saya atau tengok la kat PAKEJ KONVOKESYEN ni..scrool sebelah bawah yer..boleh la sms/call no yg ada atas header blog tu..tqvm ya..

14 October 2009

Majlis Pernikahan Nur Hidayah Amani bt Lawrance

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari sabtu lepas 10.10.2009 telah selesai majlis pernikahan antara NurHidayah Amani binti Lawrence dan pasangannya di JAWI,Putrajaya....Sebenarnya aku pun tak tau camne aku boleh terlibat nak ambil gambar dia ni..yang pastinya dia ni teman serumah tunang aku..Pagi sabtu tu baru aku tau dia nak bernikah..Bergegas la dr umah ku...nasib baik ler sempat..Kiranya si Nur hidayah Amani ni saudara baru la..Baru masuk islam dalam lebih kurang setahun la gitu..Sian gak sebab masa majlis nikah cuma dia seorang jer wakil pihak perempuan..sedih wei..sayu hati...sayu sekali...hehehe...tp tgk dia rileks jer..boleh senyum-senyum, gelak-gelak...tuhan jer yang tau kan senyum di luar tapi dalam hati tak tayu la camner..tp syukurla kawan-kawan serumah ada kan bagi support..Kami doakan agar hubungan yang dijalinkan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin...Layan jer la ape yang ada sebab tak sempat nak shot banyak pun sebab tetiba gerimis mengundang,,,hehehe....









nota kaki:- bila nak install photoshop kat pc baru aku ni...tak dapek nak edit gambo weh...huhuhu...kaku dan crem lama tak edit ni....

Raya Gaya MAMEE & ERA.FM

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah kali ni nak cerita pasal Majlis rumah terbuka dan raya bersama Mamee & Era.fm...Citenya panjang la sungguh...Arakian dimaklumkan pada satu malam ada la jiran umah sewa bujang ku datang ke rumah dan menjemput untuk majlis rumah terbuka..siap bagitau "jemputla datang ke rumah hari sabtu nnt..dalam pukul 2.30 petang sampai pukul 6 petang.Kami nak pasang dalam 6 canopy la"...lebih kurang mcm tu la katanya...kitaorang pun dalam hati bior betik budok-budok ni...bujang nak buat open house tu boleh la terima tp siap nak pasang canopy lg...byk plak tu..dah macam majlis kawen wei..hehehe...Sekali betulla,mlm tu datang skuad era,lori mamee dan lori pasang canopy...siap ada pentas lg...rupa-rupanya ada la mamat umah tu yang dah masuk pertandingan raya gaya MAMEE dan jadi pemenang utama..Peh,best wooooo...full sponser by MAMEE...Siap ada artis lagi katanya..Bila tiba hari sabtu tu balik jer dr kenduri umah Fahmi smpi-smpi jer dah ramai umat manusia rupanya..Meriah giler..boleh dikatakan ramai gak penyampai ERA dan artis AF yang hadir..smpi aku pun tak kenal..Umah aku mana ada ASTRO...hehehe..Yang bestnya, siap ada pertandingan lagi tu..dan hadiahnya adalah Handphone bagi pemenang pertama dan I-Pod bagi pemenang kedua..tapi aku tak masuk pun...malu..hehehe.satu bab yang paling best ada antara jiran area umah tu yang tanya aku ni wartawan dari ASTRO ker..wakakaka...jiran pun tak kenal aku..aku lagi la..setakat kenal muka jer..hehehe..Jadi pengajarannya,bergaul dan bercampur la dengan jiran-jiran anda....jangan smpi jiran pun anda tak kenal..ekekeke...layan jer la apa yang ada yer..tak lupa juga tahniah kepada pemenang dan Terima Kasih la banyak-banyak sebab jemput kami semua datang makan...arigato...syukran..Trimas...hehehehe...

*: baru ku tahu betapa keciknya si mila AF ni...tengok dalam gambar dengan dalam tv macam beso...hehehe.. sempat la bergambar tp pakai kamera handphone jer la..sbb bahu dah rasa terseliuh duk usung dari pagi smpi petang...

*:- Antara mereka yang hadir memerihakan majlis..aku pun tak berapa nak kenal..kalau tak silap si hafiz,aril dan mila kot..ekekeke..agaknya la...

*:- ha,ni la antara aksi yang dapat aku shot..pertandingan makan MAMEE 3 cup wei..bukan 1..dah la panas...melecur lidah wei...hehehe...Tapi demi handphone tetap mencuba gak...yang tengah tu member aku..Brother Nazri...dia yang macam tu pun mengah makan 3 mangkuk..Kalau aku yang makan ntah ler...hehehe...


*:- ha,ni plak pertandingan menyusun MAMEE cup saper yang tertinggi...hadiah pun tetap meriah iaitu handphone beb..x kisah ler camner pun nak susun janji paling tinggi dan tak jatuh..aku tengok macam senang jer..tp sebenarnya susa wei..sebab lantai stage tu bergoyang..hehehe...



*:- yang ni dah pasti la kenderaan skuad perodua era...aku dah suruh housemate umah aku si abu cat macam warna ni..menarik gak kan...hehehe...


*:- si nana kan ni..aku rasa dulu dia tak la sekecik ni..tp ntah la tgk dalam tb jer kan..kali ni tgk real..hehehe...