Soalan wajib yg saya biasa tanya pada semua bakal klien saya. Warna baju apa yg mereka pilih.? Kenapa saya tanya, sebab warna banyak memainkan peranan ketika majlis dan dalam gambar/album.
Ok saya nak share sedikit kajian dan pemerhatian sendiri tentang warna, mungkin tepat mungkin tidak. Tanyala mana2 photographer, mereka sangat peka dengan warna, so kalau korang nak tau pasal kombinasi warna apa utk cat rumah, boleh tanya photographer (contohlah) :D
Warna baju sangat pent
ing, kerana warna ini akan berada di mana saja dalam gambar. Pilih warna yg bukan saja warna kegemaran tapi warna yang sesuai dgn kulit anda. Kalau kulit gelap jgn ambil warna gelap, dan kalau kulit cerah, jgn ambil warna yg terlalu cerah. Seimbangkan supaya ada sedikit kontra antara baju dan kulit.
Jangan pilih warna yg sangat terang(striking) kerana takut orang lebih tertarik dengan baju anda berbanding anda sendiri tapi pilihlah warna lembut(pastel) supaya kelembutan itu boleh menarik mata orang yg melihat. Tak jemu memandang katanye.
Kalau tanya saya warna apa yg bahaya untuk dipakai, saya pilih kuning dan oren. Kerana warna ini hampir sama dengan warna kulit, agak susah nak cari perbezaan. Dan warna apa yg cantik pada saya semestinya purple, kerana warna ini boleh match dengan apa saja warna background. Dan kalau korang dah takde idea, pilih je warna putih. Warna suci bersih dan selamat. Kalau tengok wedding mat salleh mesti pakai dress putih. Putih bukan saja bersih dan cantik tapi nampak mahal.
Amaran keras. Selepas anda pilih warna tema baju anda, tak perlulah nak samakan warna itu dengan benda lain seperti pelamin, bunga, cadar, langsir, air minimum mahupun eye shadow atau lipstik. Air sirap biarkan warna merah :D dan jgn pilih warna hijau kalau dari awal lagi korang dah planning nak outdoor kat taman.