07 December 2011

Majlis Perkahwinan Arm & Mieza 11l11l11

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah sempat juga akhirnya nak update skit dalam blog ni..Sekarang ni agak kesibukan dengan keje-keje kat opis ni..Lagi lagi bila SBPA nak kuar ni..macam-macam pulak kena setelkan..Takperla, dah namanya keje kan..tanggangjawab tu perlu di selesaikan dulu..yang dahulu didahulukan,yang kemudian dikemudiankan..hehehe..Kali ni nak berkongsi sekitar Majlis Perkahwinan Arm dan Mieza yang berlangsung di Kg. Sri Tiram Jaya ..Alhamdulillah cuaca pun baik..Pengantin pun sempoi..Ceria sungguh..senang nak Kerja dengan diaorang ni..Ape pun semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat yer..Amin....























24 November 2011

Doaku

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah,Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku
juga ibu contoh buat zuriatku nanti..

Makbulkan lah doaku Ya Allah!
Peliharalah rumahtangga kami & berikanlah keberkatan kepada kami.
Murahkanlah & janganlah Engkau putuskan rezeki kami.
Jauhilah kami dari apa jua bahaya & kemudaratan di dunia & di akhirat.
Kurniakanlah kami zuriat yang baik dari sisimu.
Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar Doa.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin..

16 November 2011

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) TAHUN 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah masih ada kesempatan nak update blog..Kali ni nak kongsi skit gambar masa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang diadakan di Grand Season Hotel Kuala Lumpur.Kali ni aku folo otai Suzaini Sulaiman..Thanks bro ajak aku..hehehe..lenkali ada ajak lagi yer..Tak tau nak citer ape,layan jer la ape yang ada...

















10 October 2011

Outdoor Kenalan Facebook...

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah masih berkesempatan nak update skit gmbar dalam blog ni..Kali ni nak berkongsi gambar yang diambil untuk kenalan Facebook bersempena majlis Konvokesyen beliau yang dah tamat pengajian di Kolej Masterskill..Jadi nurse la nampaknya lepas ni yer Nad..hehehe..Tahniah diucapkan..terima kasih gak kat family nad yang sangat sempoi siap lompat-lompat...cuma sebab majlis dalam dewan habis agak lewat jadi tak dapat la nak pegi shot banyak tmpt...Ok la layan jer la ape yang ada yer...  



 











24 August 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ADENG & PASANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan nak update blog ni..Diam tak diam dah masuk hari ke 24 kita berpuasa..sekejap jer masa berlalu...Semoga korang semua sihat-sihat yer..jgn ponteng puasa yer..ok la Kali ni nak kongsi sedikit sekitar majlis perkahwinan adeng dan pasangannya yang berlangsung di seri tiram jaya, tg. karang selangor..Kali ni aku cuma bakeup atong..jadi aku sempat bakeup masa tukar-tukar baju dan sikit outdoor..sbb majlis persandingan diadakan keesokan harinya yang mana sama tarikh dgn majlis bertandang adik perempuan aku..jadi tak dapat la nak join shot masa majlis persandingan..hehehe..layan jer la ape yang ada yer...Kepada pengantin, semoga berbahagia sehingga ke akhirnya...



















20 July 2011

Majlis Perkahwinan Hawa dan Nasir I 29/5/2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Bersambung lepas entry ini, kali ni aku nk kongsi skit sekitar majlis persandingan adik aku hawa dan pasangannya Nasir.Macam biasa la sebab agak sibuk jadi kamera pun aku tak berapa nak pegang sangat.Jadi takde la sangat gambar yer tuan puan semua...Yang ada pun hasil ehsan daripada sepupu-sepupu ku ajey dan aman@atong...layan jer la gambar yang ada yer...





























08 July 2011

Majlis Pernikahan Hawa & Nasir l 28/5/2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih lagi diberi kesihatan dan kesempatan untuk berkongsi sedikit coretan dalam blog yang dah lama tak berhapdate ni...Kalau ikut kan ni bukan bersawang lagi dah ni sampai dah tak tau nak cakap ape..Kebizian kerja-kerja di kantor agak membataskan nampaknya..Kali ni nak berkongsi Majlis Pernikahan adik aku Siti Hawa binti Aminin dan pasangannya Nasir yang berlangsung di rumah keluargaku di kampung sri tiram jaya, Tg. Karang, Selangor...Alhamdulillah majlis pernikahan telah selamat diadakan di Masjid Nurul Ehsan Seri Tiram Jaya...Nak cerita banyak pun tak pandai, jadi layan jer la sekit gambar yang ada yer...kredit kepada O.P. pada mlm tu Ajey yang juga sepupu aku...Tq bro...Tunggu yer nanti aku update plak majlis Persandingan..huhuhu...

p/s: aku agak sibuk tolong ape yang patut jadi takdela banyak gambar...gambar-gambar yang ada pun ikhsan ajey...Tunggu jerla album yer...hehehe...