22 November 2012

Majlis Perkahwinan Normasera dan Azlan l Petaling Jaya

Bismillahirrahmanirrahim....
Kali ni nak berkogsi saat-saat kegembiraan Majlis perkahwinan Normasera dan Azlan yang berlangsung di petaling jaya. Kali ni shot untuk LensaNaza Photowork.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah..Layan la skit gambar yang ada ni yer...



















07 November 2012

Majlis Perkahwinan Mohd Fared dan Siti Raihana

Bismillahirrahmanirrahim...

Terajin plak nak update blog lagi..Kali ni berkongsi sekitar majlis Mohd Fared dan Siti Raihana yang berlangsung di Tg. Karang Selangor..Dah agak lama gak kenal mohd fared ni jadi senang bekerjasama dengan diorang ni..Majlis berlangsung meriah walau pun cuaca yang sangat panas terik..Layanla skit gambar yang ada...












06 November 2012

Majlis Pernikahan Rafy dan Pasangan

Bismillahirrahmanirrahim..
Berkesempatan update skit blog ni..Kali ni berkongsi skit sekitar majlis pernikahan sepupu..sbb aku bukan OP jadi ada skit jer la gambar yang ada..sbb time ni aku sibuk ambik video kononnya..hahaha..kepada pasangan pengantin aku doakan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..layan la ape yang ada yer...








24 September 2012

Majlis Perkahwinan Hanis & Faisal Semenyih Selangor


Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni aku update  majlis perkahwinan Hanis & Faisal. Majlis wedding mereka sebenarnya berlangsung di Semenyih sebelum bulan puasa lagi.  Tapi kali ni baru sempat nak update.Sekali lagi terima kasih kepada otai Abam Acai Jawe yang ajak aku shot kali ni..Lenkali bolehla ajak lagi yer..Pasangan yang sporting dan ceria jer sepanjang majlis. Aku doakan semoga pasangan ini berkekalan sehingga akhir hayat insyaallah. Layan la sikit gambar yang ada ni...



















19 September 2012

Perkongsian Buat Semua Bakal Pengantin

Soalan wajib yg saya biasa tanya pada semua bakal klien saya. Warna baju apa yg mereka pilih.? Kenapa saya tanya, sebab warna banyak memainkan peranan ketika majlis dan dalam gambar/album.

Ok saya nak share sedikit kajian dan pemerhatian sendiri tentang warna, mungkin tepat mungkin tidak. Tanyala mana2 photographer, mereka sangat peka dengan warna, so kalau korang nak tau pasal kombinasi warna apa utk cat rumah, boleh tanya photographer (contohlah) :D

Warna baju sangat pent
ing, kerana warna ini akan berada di mana saja dalam gambar. Pilih warna yg bukan saja warna kegemaran tapi warna yang sesuai dgn kulit anda. Kalau kulit gelap jgn ambil warna gelap, dan kalau kulit cerah, jgn ambil warna yg terlalu cerah. Seimbangkan supaya ada sedikit kontra antara baju dan kulit.

Jangan pilih warna yg sangat terang(striking) kerana takut orang lebih tertarik dengan baju anda berbanding anda sendiri tapi pilihlah warna lembut(pastel) supaya kelembutan itu boleh menarik mata orang yg melihat. Tak jemu memandang katanye.

Kalau tanya saya warna apa yg bahaya untuk dipakai, saya pilih kuning dan oren. Kerana warna ini hampir sama dengan warna kulit, agak susah nak cari perbezaan. Dan warna apa yg cantik pada saya semestinya purple, kerana warna ini boleh match dengan apa saja warna background. Dan kalau korang dah takde idea, pilih je warna putih. Warna suci bersih dan selamat. Kalau tengok wedding mat salleh mesti pakai dress putih. Putih bukan saja bersih dan cantik tapi nampak mahal.

Amaran keras. Selepas anda pilih warna tema baju anda, tak perlulah nak samakan warna itu dengan benda lain seperti pelamin, bunga, cadar, langsir, air minimum mahupun eye shadow atau lipstik. Air sirap biarkan warna merah :D dan jgn pilih warna hijau kalau dari awal lagi korang dah planning nak outdoor kat taman.