19 April 2011

Wafi's & Ida's I Seremban N9

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah sekian lama tak berkesempatan nak hapdate blog ni, alhamdulillah sempat juga kali ni upload wedding yang dah sekian lama terperap dalam harddisk ku ini...Kali ni nak hapdate pasal majlis perkahwinan Wafi dan Ida yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban..Thanks pada Azlee yang ajak aku jadi bakeup shooters..lain kali ada job lagi ajak aku yer...hahaha..Kepada pasangan pengantin semoga berbahagia sehingga keakhir hayat..Tengok la ape yang ada ni yer....















14 March 2011

Cheritera Cinta Mie & Nurul I Taman Melati

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah ada masa lagi nak update blog yang telah agak lama ditinggalkan ni..kali ni nak berkongsi sekitar majlis persandingan mie dan Nurul yang berlangsung di pusat kejiranan Flat Sri Langkawi 2, Taman Melati..Jarang rasanya dapat tengok area kawasan Kuala Lumpur yang masih mengamalkan adat gotong-royong @ rewang..tapi kat majlis mie dan nurul ni 100% mengamalkan adat ni..memang terbaek la..siap ada t-shirt lg..dah rasa macam kat kampung sendiri..hehehe..ribuan ucapan terima kasih pada pasangan pengantin dan juga pada keluarga atas layanan yang diberikan...Doaku semoga pasangan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin..layan jer la skit gambar yang ada yer...












18 February 2011

Cheritera Chenta AKMARUL NAZRIN & ATHIRAH I majlis bertandang

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah masih berkesempatan nak update blog ku ini..kali ni nak update pasal majlis perkahwinan Akmarul Nazrin dan pasangannya Athirah yang berlangsung di Seri Tiram jaya Tg. Karang Selangor...Alhamdulilah majlis berlangsung dengan meriahnya lebih-lebih lagi dengan kehadiran brother Azlee Senario yang menggamatkan keadaan yang sedia ada gamat...hahaha..Akmarul dan Athirah ni bertugas di Hospital Sungai Buloh...Bertemu jodoh di tempet kerja la boleh dikatakan..Apa pun aku ucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..insyaallah....Layan jer skit gambar yang ada ni yer..hehehe
















16 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Kebangsaan

Bismillahirrahmanirrahim...
Awal kalam, terima kasih banyak-banyak pada korang yang sanggup singgah di blog ku ini..Kali ni nak berkogsi gambar-gambar yang sempat diambil ketika perarakan maulidur rasul peringkat kebangsaaan dari masjid putra ke masjid tuanku Mizan @ Masjid Besi di putrajaya..walau pun plan last minit akhirnya berjaya juga dilaksanakan program tersebut walau pun hanya beberapa penembak tepat sahaja yang dapat hadir iaitu En. Ridzzuan, miel dan wan..Syukur alhamdulillah dapat juga menyertai perarakan tersebut smbil berselawat bersama-sama walau pun bukan sebahagian daripada kontigen yang turut serta..sudi-sudikanlah layan gambar yang ada...