30 November 2009

Jemputan Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti yang korang tau dan bagi yang tak tau, aku akan melangsungkan perkahwinan pada
12 Disember 2009 (Sabtu) . Jadi kepada semua sahabat, kengkawan, sedara-sedara, tuan-tuan, Puan-puan adalah dijemput untuk hadir ke rumah aku nanti bagi memeriahkan lagi majlis... Di sini aku sertakan undangan dan pelan lokasi majlis berlangsung..doakanlah agar segala-galanya berjalan dengan lancar yer..amin...

p/s: Maaf ye, tak sempat nak hantar kad kepada semua atas sebab-sebab apa ntah..aku pun tak tau.. :-)


12 November 2009

Istiadat Konvokesyen UNISEL 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ni nak update skit pasal istiadat konvokesyen UNISEL yang berlangsung di Kampus Unisel Berjuntai Bestari pada 31.10 & 1.11.2009...Alhamdulillah semua selesai walaupun pelbagai dugaan yang datang....maklumla team SnapDigital (diketuai oleh abg. zaini) ni pun pertama kali rasanya dapat buka studio gambar masa konvo..mula-mula agak kelam kabut gak nak layan para graduan yang nak bergambar,maklumla bile kuar dr dewan punya la ramai masing-masing datang menyerbu..tp alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan..aku pun sebenarnya tak pernah lagi masuk UNISEL ni..kira 1st time la..setakat lalu kat depan da banyak kali dah..hehehe...so layan la gambar2 kandid yg ada ni sebab tak banyak pun amik gambar oleh kerna kesibukan bertugas di studio kami..hehehe..

*** antara gerai menjual bunga (time aku dulu ada orang bagi bunga ker?)hehehe
*** bersama meraikan kejayaan seorang anak
*** antara graduan yang hadir pada istiadat konvokesyen pada hari tersebut....


*** posing sakan akak kita ni...minta izin amik gambar eh kak..hehehe..
*** ni plak member se angkatan melakukan aksi "terbang katak@ katak terbang"..ups,ada ker terbang katak?
*** ha,jgn salah sangka yer..yang ni bkn graduan..tapi petugas merangkap member se'Politeknik' dl..mmg lama bebeno tak jumpa..last dl pun masa kat poli thn 2003 kot..cuma tau la dia keje kat UNISEL tapi tak pernah jumpa..kali ni plak ada rezki dapat jumpa..makin shat dah yer..ekekeke....

p/s: kepada mereka yang telah mengunjungi dan mendapatkan khidmat kami di studio SnapDigital diucapkan ribuan Terima Kasih..Tocey2...Arigato...Trimas..Insyaallah gambar anda sedang dalam proses dan anda akan dihubungi bila semuanya telah selesai....

09 November 2009

Mencari dan Menyelamat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama tak menjenguk blog ni..Maklumla agak sibuk lebih-lebih lagi mggu lepas ada pertandingan pejabat terbaik jabatan..jadi aku sebagai kapitan menyibuk la mana yang patut....Tp gambar yang kat bawah ni bukan pasal pejabat,,..Tapi pasal usaha-usaha untuk mencari dan menyelamat..chewah...bukan la..usaha untuk mencari dan membawa kayu api yang akan digunakan untuk memasak masa kenduri nanti..kenduri ape eh???.Kat kampung aku ni untuk kenduri kebyakan masih menggunakan kayu api..lebih sedap katanya..tak tau la betul ker?Kerja-kerja dijalankan seawal jam 8 pagi lagi dibantu pakcik-pakcik dan sepupu..terima kasih u all semua..sbb klu aku yang bt sorang alamatnya mau bersambung minggu depan plak..sakit semua satu badan..maklumla dah lama tinggalkan bidang menyawit (potong kelapa sawit) dan kerja-kerja berat..dengan cuaca yang panas yang sangat terik,laluan untuk mengangkat yang tak rata ..tuhan jer yang tau..dah macam mandi rasanya...dengan kerjasama dari semua akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya..masa tengah berpanas itu la aku terbayang petani-petani,peladang yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi di bawah terik mentari...betapa tabah dan bersabarnya mereka..sedangkan kita ni yang keje dlm air cond pun kadang-kadang mengeluh..aircond sejuk sgt la,air cond tak kuat la..(syukur la nak)..jadi pada kita yang kerja dlm pejabat ni (ada aircond) jangan plak kita lupakan mereka yang bekerja di bawah terik matahari..hargailah mereka..kerana sesungguhnya kita lebih bertuah dari mereka..
macam dalam iklan tu..sebutir nasi ibarat setitik peluh petani..hehehe...jadi klu makan nasi makan la smpi habis tau...hehehe..

* antara kayu yang berjaya dikumpulkan...kalau kat kampung aku benda yang digunakan untuk mengisi barang tu di panggil treler (tp dlm sebutan jawa dia jd la 'geledekan')..wakakaka..

* ketika ni cuaca lebih kurang pukul 10 lebih tp panas terik yang teramat sangat..

* begini la cara membawa kayu di lakukan..iaitu dengan cara mengusung sedikit demi sedikit.. * kayu yang berjaya di kumpulkan..lebih kurang 3 treler@ 'geledekan' dpt dikumpulkan..alhamdulillah walau pun bersusah-susah dulu akhirnya selesai juga..terima kasih pada semua yang membantu..
p/s:-
-bahu dan tangan aku ni rasanya terseliuh agaknya..dah dari minggu lepas dah.masa angkat-angkat almari kat opis...tp sejak angkat smlm makin sakit plak..nak angkat pun sakit..tido pun boleh mengiring 1 side jer..bawa kete pun sblh tgn.nasib auto..tak perla,mudah-mudahan esok elok la harap2nya..amin..