06 October 2009

DOA...


Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Aku pun tak tau nape aku nak letak lirik lagu aishah ni..Agaknya sebab lirik lagu ni ada maksud yang sangat mendalam kan..lagi pun memang sedap pun lagu ni bila dihayati betul-betul..Semoga dikuatkan semangat dalam menempuh dugaan yang mencabar ini....dah beberapa hari kerja dlm mggu ni..Exam PTK hari isnin hr tu ntah ape-ape aku jawab..badan jer yang ada kat dewan exam tp fikiran ntah dah smpi kemana..Doa jer la mudah-mudahan lulus..Aku dah berusaha..semuanya ku serahkan pada yang maha kuasa..Ntah kenapa aku sekarang ni kurang bersemangat nak kerja walau pun berlambak-lambak kerja..sampai tak tau nak buat yang mana dulu..agknya sebab dah boring kot..Tak smpi pun 2 bulan lg majlis akn berlangsung..tp waktu ni gak la dugaan yang maha hebat datang kepadaku..kadang-kadang rasa tak kuat nak tempuh..dah rasa nak mengalah..tp aku percaya Insyaallah semua yang berlaku ada rahmatnya..Tuhan dah tentukan takdir,qadak dan qadar seseorang kan..jgn la mengeluh..tempuhilah dengan sabar..Lagi pun memang kesalahan diri sendiri..Tak perlu nak salahkan orang lain...Aku hanya mampu berusaha dan berdoa agar semuanya kembali seperti biasa...Ya allah ya tuhanku ampunkan la dosaku,dosa keedua ibu dan bapaku,dosa ahli keluargaku,dosa kaum muslimin dan muslimat sekaliannya.. beri la aku kekuatan semangat..permudahkan la urusan seharianku..Berikanla kesihatan pada ku,keluargaku,kekasihku dan pada semua...dijauhkan dari bahaya,mala petaka dan bala bencana..Semoga dugaan yang kau berikan ini menjadikan diriku lebih berani dan kuat..Aku redha jika ini lah ujian yang patut ku terima..Ibarat kata kawan ku kita kena selalu bersabar kalau ada menghadapi masalah atau musibah, kerana tuhan itu maha adil, dia akan menduga kita dan selepas itu barulah kita akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan. Kalau kita dilanda duka didalam hati, fikirkanlah orang yang lebih bernasib malang dari kita. Fikirkan juga benda benda yang mengembirakan dalam hidup kita, insyaallah kita akan lebih tenang.fikirlah lebih ramai orang di luar sana yang lebih sengsara dari kita..Semoga doa dan harapanku ini akan dimakbulkan olehnya..insyaallah...


Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss. ..uhuksss. ..