21 September 2010

NUR FITRAH AINI

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah hari ni baru melangkah masuk opis yang dah hampir dua minggu ditinggalkan..Almaklumla cuti raya disamping cuti menyambut kehadiran cahayamata baru dalam keluarga..alhamdulillah dengan penuh kesyukuran isteri telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang di beri nama Nur Fitrah Aini pada hari jumaat 10/9/2010 bersamaan 1 syawal hari jumaat di hospital putrajaya pada jam 12.30 tengaah hari..Tak sempat nak balik raya sebab masa last checkup hari khamis tu doktor buat keputusan nak tahan wife sbb masalah tertentu..Kali pertama beraya di putrajaya yang sungguh sunyi sepi dan berpeluang masuk ke dewan bersalin (siap berbaju melayu lagi tu) untuk memberikan semangat kepada wife ecewah..alhamdulillah yang penting semua selamat,sihat tak kisah la walau raya kat mana kn..Insyaallah raya setiap tahun pun ada kn..semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi keluarga kami..amin..jadi tgk jer la yer gambar yang ada ni...


















06 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama dah tak muncul nampaknya..Dalam tak sedar bulan ramadhan hampir meninggalkan kita semua..Bulan syawal pula bakal menjelma...Mudah-mudahan segala amal yang kita lakukan akan diterima olehnya..insyaallah..Nampaknya tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang suami dan mempunyai keluarga sndiri..Insyaallah juga tahun pertama beraya di rumah mertua..hehehe..tak kisah la raya kat mana janji raya kn..Jadi dengan rendah diri aku seisi keluarga ingin memohon kemaafan andai kata terkasar bahasa,tersilap kata,tercakap ker dan yang sewaktu dengannya la..halalkan mana yang termakan ker terminum ker..ada masa jemput la datang ke rumah yer..umah kat pahang boleh,kat tg,karang boleh, kat putrajaya pun boleh..mana-mana pun x per..tp kn bagitau siap-siap yer..takut takde orang plak..hehehe...Kepada yang memandu utk pulang ke kampung berhati-hati lah di jalan raya..pandu dengan cermat..ingat lah orang yang tersayang..kalau penat rehat la dulu..tak guna kita berlumba nak cepat sampai ke rumah tp akhirnya berakhir dengan tragedi..masa memandu tu bayangkan la muka ayah dan ibu kita yang menanti anaknya pulang untuk berhari raya bersama..jadi..fikir-fikirkan la yer...