18 February 2011

Cheritera Chenta AKMARUL NAZRIN & ATHIRAH I majlis bertandang

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah masih berkesempatan nak update blog ku ini..kali ni nak update pasal majlis perkahwinan Akmarul Nazrin dan pasangannya Athirah yang berlangsung di Seri Tiram jaya Tg. Karang Selangor...Alhamdulilah majlis berlangsung dengan meriahnya lebih-lebih lagi dengan kehadiran brother Azlee Senario yang menggamatkan keadaan yang sedia ada gamat...hahaha..Akmarul dan Athirah ni bertugas di Hospital Sungai Buloh...Bertemu jodoh di tempet kerja la boleh dikatakan..Apa pun aku ucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..insyaallah....Layan jer skit gambar yang ada ni yer..hehehe
















16 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Kebangsaan

Bismillahirrahmanirrahim...
Awal kalam, terima kasih banyak-banyak pada korang yang sanggup singgah di blog ku ini..Kali ni nak berkogsi gambar-gambar yang sempat diambil ketika perarakan maulidur rasul peringkat kebangsaaan dari masjid putra ke masjid tuanku Mizan @ Masjid Besi di putrajaya..walau pun plan last minit akhirnya berjaya juga dilaksanakan program tersebut walau pun hanya beberapa penembak tepat sahaja yang dapat hadir iaitu En. Ridzzuan, miel dan wan..Syukur alhamdulillah dapat juga menyertai perarakan tersebut smbil berselawat bersama-sama walau pun bukan sebahagian daripada kontigen yang turut serta..sudi-sudikanlah layan gambar yang ada...



















14 February 2011

Cheritera Cinta ABD. RAZAK & NORHIDAYAH I Sanding n outdoor

Bismillahirrahmanirrahim....
Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul...Alhamdulillah sempat juga datang masa perarakan majlis maulidur rasul peringkat kebangsaan dari Masjid Putra ke Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi di Putrajaya semalam walaupun datang untuk ambil gambar sempat juga berselawat skali untuk junjungan nabi kita nabi muhammad S.A.W..Tapi kali ni bukan nak upload gambar perarakan semalam yer...kali ni nak upload sambungan majlis persandingan dan outdoor pasangan Abd. Razak dan Norhidayah..Jadi layan jer la gambar-gambar yang ada ni yer...salam.....