29 September 2009

Si Pemandu Cilik

Bismillahirrahmanirrahim..

Just nak publish gambar si Pemandu cilik...comey sungguh..macam dah teror jer bawa kete..siap tangan kat gear lg mcm nak msk gear...hehehe..Sape lagi klu bkn si abang 'Muhammad Filzan Hafiz'...hehehe...
:- Ala-ala macam pemandu F1 kan..kecik-kecik lagi dah nak bw kete..hehehe...Time ni tgh bersiap nak balik ke rumahnya kat Sg. Buloh..Si abang sibuk nak bawa kete,si adiknya plak menangis tak nak balik..nak ikut neneknya jer..hehehe...

cerita RAYA

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah setelah lebih seminggu bercuti hari ni aku masuk keje balik..Rasa macam jem plak otak nak mulakan kerja..macam orang yang baru masuk kerja la gamaknya..hehehe...Dah lama tak kerja kan..Seperti tahun-tahun lepas raya kali ni tak banyak bezanya..cuma satu bezanya raya tahun lepas aku tak berjalan kemana pun sbb tolong mak aku menjaga anak buah aku yang baru lahir..kembar plak tu..dan tahun ni agak meriah la sbb kembar tu dah berumur setahun..macam-macam keletahnya..letih gak nak melayan..tapi seronok...cuma yang masih sama sebab masih bujang kan..jadi lebih byk menghabiskan masa beraya bersama keluarga dan menziarahi rakan, saudara mara....
Macam biasa Hari raya pertama bermula dgn solat raya..time ni la nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..maklumla masing-masing dah kerja jauh, dah berkeluarga..masing-masing ada komitmen sendiri..Dan selepas solat raya ambil kesempatan menziarahi pusara arwah abah..rindunya dengan arwah abah..dulu kalau raya arwah abahla paling sibuk..lagi-lagi bila anak menantu dan cucunya balik..tp allah lebih sayangkan abah..hanya doa yang mampu ku kirimkan agar rohnya sentiasa dirahmati dah diletakkan di kalangan orang beriman..
Seperti kelaziman semua adik beradik sebelah mak aku (SARIMON LEGACY) akan berkumpul di rumah aku pada pagi hari raya pertama..Mungkin antara faktornya mak adalah antara adik-beradik yang paling tua yang ada kat kampung ni melainkan 2 lagi kakak mak yang ada kat banting..Ramai dan memang meriah sesangat ler...hehehe..Seperti biasa sebelum bermaaf-maafan kami semua akan sama-sama mengadakan majlis tahlil dan menyedekahkan ayat-ayat suci bagi mereka yang terlebih dahulu menyahut seruan ilahi dan berdoa agar roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Lepas tu macam biasa la sesi round-round umah sedara mara..dan yang pastinya makan tanpa henti la kan..camne nak berhenti tiap umah masuk jer suruh makan..jadi nak jaga hati tuan umah makan gak ler..hehehe..ha,layan la ape yang ada ni..wassalam...

SARIMON LEGACY

Majlis tahlil diadakan sebelum sesi bermaaf-maafan
Tiga (3) beradik yang ssedang sibuk membantu neneknya menyepahkan
dan menterbalikkan bekas kuih raya..
Bersama kembar yang comey
Si abang dah boleh jalan sikit-sikit adiknya duk jer lg..hehehe..
Kembar yang tak seiras...
Raya-raya pun sempat lagi nak main keretapi-keretapi...
nota kaki:- aku pun tak tau nape lagi byk gambar budak kembar ni dari gambar raya..diaorang ni pandai pujuk aku kot suh amik gambar diaorang..hehehe...

23 September 2009

Kerja di hari raya,hari raya kena kerja...

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa la nasib kan..orang lain masih lg beraya aku dah kena keje..wakaka..padan muka aku..nasib baik hari ni jer..buatnya kena keje terus sampai jumaat boring yang teramat sangat..dah la opis kosong tak dak orang..beraya sakan la diaorang ni..puasa cukup ker nak raya lama-lama weh..hehehe..Takpe,biar puasa tak cukup janji raya habis-habisan...wakakaka...Takpe,esok boleh sambung beraya lagi..ramai lagi umah sedara-sadara, makcik-pakcik tak pegi lagi..insyaallah esok sempat lagi nak pegi..dah la banyak sangat la pulak mengarut, gambar-gambar raya tunggu la next week aku update eh...calloo mere betty....
* :- Gambar ni takde kena mengena dengan kerja pun..saja aku nak letak..Aku shot dengan telefon bimbit semasa dalam perjalanan balik ke rumah lebih kurang waktu maghrib hari raya ke-2...

16 September 2009

Salam Aidilfitri

Bismillahirrahmanirahim...Alhamdulillah tanpa kita sedari kita hampir menghampiri 10 hari terakhir ramadhan..Tak lama lagi aidilfitri bakal menjelma..Dikesempatan ini saya ingin memohn ribuan ampun dan maaf andai terkasar bahas, tersilap kata pada semua samada secara sengaja atau tak disengajakan..Kepada mereka yang memandu berhati-hati ketika memandu..Biar lambat asalkan selamat..Semoga panjang umur dipertemukan semula pada ramadhan akan datang insyaallah...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...