02 May 2013

Iskandar dan Yusra l Batu Pahat l 24 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim....

Berkesempatan lagi nak update sikit blog ni walaupun kesibukan yang amat skrg ni...Tugas hakiki perlu didahulukan..betul tak...Lagi-lagi bila nak pilihanraya ni macam-macam isu yang timbul..Takper la..hadapi dengan tenang...mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita semua...Ok kali ni nak berkongsi sekitar majlis Bertandang Iskandar dan Yusra yang berlangsung di Batu Pahat..Untuk pengetahuan, mereka ni sebenarnya rakan sekerja satu ketika dulu..dan sekarang masing-masing membawa haluan masing-,masing..Iskandar bertugas di sebuah sekolah di  Johor dan Yusra pula  bertugas di Perbadanan Putrajaya..Kira macam hubungan jarak jauh la kan..insyaallah walaupun jarak jauh jika ada tolak ansur, kerja sama insyaallah takkan ada masalah...Apa pun aku doakan hubungan yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat yer...mudah-mudahan..amin...terima kasih kepada sepupu aku Kamarules Genji yang menjadi pembantu pada hari tersebut.....Layan jer la gambar yang ada yer....












24 April 2013

Zafran & Afifi, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah berkesempatan nak update blog yang agak lama ditinggalkan.Sekarang agak sibuk dengan tugas hakiki dan juga tugas yang diarahkan dari masa ke semasa..maklumlakan..saya yang menurut perintah (SYMP)...kena la ikut arahankan..Ok la kali ni nak update sikit sesi outdoor pasangan Zafran dan Afifi yang diadakan diPutrajaya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Official Photographer Acai JAwe yang sudi ajak aku untuk join beliau..Sebenarnya ada ! lagi team photography shot majlis merekaselain kitaorang..jadi bila berlaku benda macam ni pandai-pandai la sesuaikan diri dan bekerjasama..dah la layan jer la apa yang ada ni yer...











11 April 2013

Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz dan Noorfadila Fariza I Felda Sungai Tengi I 2&3 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah berpeluang lagi menulis kat blog ni...Lama gak tak menulis ni akibat kesibukan dan kekangan kerja hakiki yang alhamdulillah makin bertambah..semua sedia maklum Tarikh mengundi pun dah diumumkan iaitu pada 5 May 2013...Jadi sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab marilah sama-sama kita tunaikan tanggung jawab kita yer.ecewah.Bendera parti-parti politik pun dah berkibar di kebanyakkan kawasan nampaknya...tak kisahlah kita di pihak kerajaan atau pembangkang, berpolitiklah secara matang..walau dimana pun kita, apa pun kita ,kita tetap dalam negara yang sama ..Negara Malaysia yang tercinta..sama-samalah kita jaga keamanan negara kita ini...Dah cukup dah mengarut pasal politik bagai berbalik pada majlis perkahwinan pasangan Mohd Fairuz dan Noorfadila Fariza yang berlangsung pada 2 dan 3 mac 2013 yang lalu...alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriah dan sempurna sehingga selesai..Semoga perhubungan yang di jalinkan berkekalan sehingga hujung usia insyaallah..Terima kasih kepada Kamarul dan Joy yang bakeup ketika maklis pernikahan dan Jazli yang banyak membantu ketika majlis bersanding..Tengokla sikit apa yang ada ni yer....





















11 March 2013

Wedding Aina & Baihaqi, Seksyen 24, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah bersyukur atas nikmat allah masih diberi kesempatan dan peluang untuk bernafas ni muka bumi ini..Hari isnin, minggu baru, hari baru, orang jer lama...biasala orang kata bukan aku kata isnin ni monday blues..blues-blues pun keje tetap kena jalan gak kn...Ok kali ni nak update sikit sekitar majlis perkahwinan Aina dan Baihaqi yang telah berlangsung di Shah Alam Selangor..Terima kasih kepada Official Photographer sifu Acai Jawe phootgraphy yang ajak untuk shot skali..Semoga dimurahkan dan diluaskan lagi rezki mu tuan...jangan segan-segan nak ajak lagi yer..hahaha..Pasangan pengantin yang sanagt ceria dan mudah bekerjasama..Mudah-mudahan rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat insyaallah...Layan la apa yang ada yer...wassalam....