24 June 2013

Akan Datang...Teaser jer Dulu.....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Masih belum berkesempatan nak update blog..Teaser jer la dulu yer..insyaallah akan menyusul kesemuanya satu persatu nanti....Tunggu yer...


Teaser Fuad & Ain, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor


Teaser Amir dan Atikah, Kajang, Selangor


Teaser Huda dan Helmi, Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor


Teaser Amir dan Atikah, Sabak Bernam, Selangor


Teaser Malek & Irin, Tg. Karang, Selangor


Teaser Arif dan Isma Ilya, Shah Alam, Selangor

                          
Teaser Hariz dan Ct Jue, Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu ,Selangor

28 May 2013

Pre Wedding Suzana dan Fauzi l Putrajaya


Bismillahirrahmanirrahim....
 Bertemu lagi di alam maya setelah sekian lama tak hapdet blog ni...Alhamdulillah agak sibuk dengan tugas hakiki disamping tugas sambilan...Syukur atas rezkimu ya allah..kali ni update la sikit blog bergambar yang sekian lama ditinggalkan...Insyallah dengan izinnya akan cuba update satu per satu entri yang terhutang yer...Kali ni update sikit pre-wedding Suzana dan Fauzi di taman saujana hijau putrajaya..Kalau mengikut perkiraan pasangan ini akan berkahwin pada bulan Ogos tahun ini insyaallah...mudah2an rumahtangga yang akan dibina berkekalan sehingga hujung usia...layan jer la apa yang ada ni yer...











02 May 2013

Iskandar dan Yusra l Batu Pahat l 24 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim....

Berkesempatan lagi nak update sikit blog ni walaupun kesibukan yang amat skrg ni...Tugas hakiki perlu didahulukan..betul tak...Lagi-lagi bila nak pilihanraya ni macam-macam isu yang timbul..Takper la..hadapi dengan tenang...mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita semua...Ok kali ni nak berkongsi sekitar majlis Bertandang Iskandar dan Yusra yang berlangsung di Batu Pahat..Untuk pengetahuan, mereka ni sebenarnya rakan sekerja satu ketika dulu..dan sekarang masing-masing membawa haluan masing-,masing..Iskandar bertugas di sebuah sekolah di  Johor dan Yusra pula  bertugas di Perbadanan Putrajaya..Kira macam hubungan jarak jauh la kan..insyaallah walaupun jarak jauh jika ada tolak ansur, kerja sama insyaallah takkan ada masalah...Apa pun aku doakan hubungan yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat yer...mudah-mudahan..amin...terima kasih kepada sepupu aku Kamarules Genji yang menjadi pembantu pada hari tersebut.....Layan jer la gambar yang ada yer....












24 April 2013

Zafran & Afifi, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah berkesempatan nak update blog yang agak lama ditinggalkan.Sekarang agak sibuk dengan tugas hakiki dan juga tugas yang diarahkan dari masa ke semasa..maklumlakan..saya yang menurut perintah (SYMP)...kena la ikut arahankan..Ok la kali ni nak update sikit sesi outdoor pasangan Zafran dan Afifi yang diadakan diPutrajaya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Official Photographer Acai JAwe yang sudi ajak aku untuk join beliau..Sebenarnya ada ! lagi team photography shot majlis merekaselain kitaorang..jadi bila berlaku benda macam ni pandai-pandai la sesuaikan diri dan bekerjasama..dah la layan jer la apa yang ada ni yer...











11 April 2013

Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz dan Noorfadila Fariza I Felda Sungai Tengi I 2&3 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur alhamdulillah berpeluang lagi menulis kat blog ni...Lama gak tak menulis ni akibat kesibukan dan kekangan kerja hakiki yang alhamdulillah makin bertambah..semua sedia maklum Tarikh mengundi pun dah diumumkan iaitu pada 5 May 2013...Jadi sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab marilah sama-sama kita tunaikan tanggung jawab kita yer.ecewah.Bendera parti-parti politik pun dah berkibar di kebanyakkan kawasan nampaknya...tak kisahlah kita di pihak kerajaan atau pembangkang, berpolitiklah secara matang..walau dimana pun kita, apa pun kita ,kita tetap dalam negara yang sama ..Negara Malaysia yang tercinta..sama-samalah kita jaga keamanan negara kita ini...Dah cukup dah mengarut pasal politik bagai berbalik pada majlis perkahwinan pasangan Mohd Fairuz dan Noorfadila Fariza yang berlangsung pada 2 dan 3 mac 2013 yang lalu...alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriah dan sempurna sehingga selesai..Semoga perhubungan yang di jalinkan berkekalan sehingga hujung usia insyaallah..Terima kasih kepada Kamarul dan Joy yang bakeup ketika maklis pernikahan dan Jazli yang banyak membantu ketika majlis bersanding..Tengokla sikit apa yang ada ni yer....