08 February 2010

AZLEE DAN HARTINI I 7.2.2010

Bismillahirrahmanirahim...

Tahniah buat azlee dan pasangannya, Hartini yang melangsungkan perkahwinannya semalam 7/2/2010 (ahad) bertempat di Dewan kejiranan Presint 9 ,Putrajaya...Semoga jodoh kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat eh..amin....Sebab aku pun datang sebagai tetamu dan bukan official photog jadi tak banyak la gambar yang ada..layan jer la yer apa yang ada...

PERTANDINGAN BOWLING SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (SPM), BPO...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ish,update lagi..macam dah takde keje plak..Tengah rajin update la selalu..time malas duk la diam-diam..hehehe..Kali ni nak pasal pertandingan bowling sektor pengurusan maklumat ,BPO yang diadakan pada 6/1/2010 (sabtu) di Alamanda, Putrajaya yang lepas bertujuan mencungkil bakat untuk bertanding di peringkat estet nnt..hahaha...gurau jer..sebenarnya lebih kepada mengeratkan silaturahim dan juga release tension la katakan setelah penat bekerja...macam-macam ragam la dapat tengok..tp rasanya yang masuk longkang lagi banyak dr yg strike..wakakaka...kena traning lagi nampaknya ni ...hehehe...tahniah pada mereka yang berjaya dan yang tak berjaya bolehla cuba lagi lain kali yer....layan jer la yer ape yang ada...yiiiihhaaaa...
- Antara pemain-pemain yang bertanding pada hari tersebut...
- hazrik sedang melakukan balingan street ke longkang..hahahaha...
-Berbincang bersama pasukan lawan bagaimana nak melakukan strike walaupun bola masuk ke longkang...hahahaha...
- gaya balingan bola tanpa bayang.....
- tak payah baling kuat-kuat pun boleh strike..tengok macam ni...
- macam gaya balingan mentadak-mentadu kan...hehehehe....(jangan marah yer...)
-ha yang ni gaya balingan seorang juara individu lelaki...tahniah tuan.....

- ha,jangan tak percaya kak ton menunjukkan kehebatannya...dapat tempat ketiga lagi individu wanita...mantap la cc ton...perghhhhh.....

Majlis pernikahan Eliza dan Kamarul

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilllah setelah berkurun lama tak update blog aku ni dapat gak aku mencuri masa untuk ypdate skit..Kali ni pasal majlis pernikahan Eliza dan pasangannya kamarul yang berlangsung di felda sungai tengi,Kuala Kubu Bharu..Eliza ni sebenarnya sepupu aku sendiri..Sepatutnya majlis pernikahan berlangsung pada 30/1/2010 tapi di percepatkan pada 23/1/2010..awal seminggu la kiranya..Takpe la kan yang penting selesai semuanya..alhamdulillah.....Semoga kalian berkalan sehingga ke akhir hayat..Nak outdoor pun tak sempat sangat sebab tik..tok...hujan dah turun..hehehe...Jadi layan jer la skit pic yang ada ni yer..











p/s: Tahniah kepada paman odin dan bik min yer sebab dapat menantu baru..ekekeke..

28 December 2009

Majlis perkahwinan Megat dan Pasangannya..

Bismillahirrahmanirrahim....

Kali ni cuma nak update majlis perkahwinan megat dan pasangannya yang telah berlangsung di Ampang pada 20.12.2009..Pasangan yang sgt2 sporting walaupun baru pertama kali berjumpa..Megat ni merupakan adik ipar kepada salah seorang bos di opis ku..Jadi beliau telah mengamanahkan kepada aku dan ajey (nazarudindahlot.fotopages.com) untuk merakamkan saat2 bahagia mereka..layan jer la yer apa yang ada...

21 December 2009

Alkisahnya Lepas dah Kawen

Bismillahirrahmanirrahim...
Dah lama sangat tak menulis ni..dah bersawang dah rasanya blog...hehehe..maklumla cuti panjang...rasa macam cuti semester plak..ekekeke...malas benor rasanya nak msk keje..suka-suki tak nak masuk keje nak jadi ape...jadi tarzan..hehehehe...Alhamdulillah dah selesai semua majlis setelah berbagai ranjau berduri di tempuh..Chewahhh...Kepada kengkawan yang datang masa majlis tempoh hari ribuan terima kasih diucapkan..mana yang bagi hadiah tu tocey-tocey..tqvm..yang tak dapat datang x per...masing-masing pun ada agenda dan hal kn....doa kalian semua dah cukup untuk teman..hehehe..kepada makcik-makcik,pakcik-pakcik,sedara-sedara dan pada mereka yang datang rewang @ 'kejobos' tu pun berbanyak terima kasih diucapkan..tanpa pertolongan anda semua semua siapalah diriku ini..hehehe..sebab ramai sangat yang dah tanya mana gambarnya so kn la publish skit dalam ni kan..nak tgk lebih lagi kn la minta kemudian bila album dah siap yer....apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada atong & syam yang sudi menjadi photographer pada majlis di Chini, pahang dan tak lupa gak pada ajey,darul & brother kamarul yang sudi menjadi photographer di majlis di Tg. Karang,Selangor...Eh,ada lagi satu teman lupa pada Cik Elli**a yang turut membantu jadi mak andam terjun untuk sesi night outdoor kat sekitar putrajaya...walaupun hujan pada mulanya alhamdulillah berjalan lancar dan sempurna..Terima Kasih semua..tocey2...arigato..Trimas..pakej la yang sewaktu dengannya..Ni kalau nak cerita perjalanan majlis memang jenuh la sbb macam2 jadi bermula la ketika perjalanan ke pahang smpi la majlis kat kampung ..Takper la tu semua sebagai kenangan kan..Layan jer la gambar-gambar yang ada ni yer...










30 November 2009

Jemputan Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti yang korang tau dan bagi yang tak tau, aku akan melangsungkan perkahwinan pada
12 Disember 2009 (Sabtu) . Jadi kepada semua sahabat, kengkawan, sedara-sedara, tuan-tuan, Puan-puan adalah dijemput untuk hadir ke rumah aku nanti bagi memeriahkan lagi majlis... Di sini aku sertakan undangan dan pelan lokasi majlis berlangsung..doakanlah agar segala-galanya berjalan dengan lancar yer..amin...

p/s: Maaf ye, tak sempat nak hantar kad kepada semua atas sebab-sebab apa ntah..aku pun tak tau.. :-)