24 November 2010

MAJLIS PERKAHWINAN FARHAN & FAIZUN 10 I 10 I 10

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dapat juga akhirnya menghapdate blog ku ini setelah sekian lama..Kali ni sedikit cerita pasal majlis perkahwinan pasangan Farhan & Faizun yang berlangsung di Kg. Sri Tiram Jaya, Tg. Karang Selangor (kampung aku ni)..pada 10.10.10 yang lalu...Tahniah diucapkan pada korang berdua yang sempoi dan terima kasih atas layanan yang telah diberikan..so, malas cite byk..layan la gambar yang ada ni yer...


















25 October 2010

NUR FITRAH AINI LAGI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi peluang dan masih bernafas di bumi ciptaan allah yang maha luas ini..Cuma kesibukan yang melanda kebelakangan ini yang menjadikan blog ni pun tak update..hehehe..kali ni nk upload gmbr tuan putri kesayangan Nur Fitrah Aini...Alhamdulillah dah semakin shat dan mudah-mudahan akan terus bertambah sihat hendaknya..amin...layan jer la ape yang ada yer...

* fitrah pakai baju gaun sebab bt kenduri akikah di chini,pahang...












21 September 2010

NUR FITRAH AINI

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah hari ni baru melangkah masuk opis yang dah hampir dua minggu ditinggalkan..Almaklumla cuti raya disamping cuti menyambut kehadiran cahayamata baru dalam keluarga..alhamdulillah dengan penuh kesyukuran isteri telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang di beri nama Nur Fitrah Aini pada hari jumaat 10/9/2010 bersamaan 1 syawal hari jumaat di hospital putrajaya pada jam 12.30 tengaah hari..Tak sempat nak balik raya sebab masa last checkup hari khamis tu doktor buat keputusan nak tahan wife sbb masalah tertentu..Kali pertama beraya di putrajaya yang sungguh sunyi sepi dan berpeluang masuk ke dewan bersalin (siap berbaju melayu lagi tu) untuk memberikan semangat kepada wife ecewah..alhamdulillah yang penting semua selamat,sihat tak kisah la walau raya kat mana kn..Insyaallah raya setiap tahun pun ada kn..semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi keluarga kami..amin..jadi tgk jer la yer gambar yang ada ni...


















06 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama dah tak muncul nampaknya..Dalam tak sedar bulan ramadhan hampir meninggalkan kita semua..Bulan syawal pula bakal menjelma...Mudah-mudahan segala amal yang kita lakukan akan diterima olehnya..insyaallah..Nampaknya tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang suami dan mempunyai keluarga sndiri..Insyaallah juga tahun pertama beraya di rumah mertua..hehehe..tak kisah la raya kat mana janji raya kn..Jadi dengan rendah diri aku seisi keluarga ingin memohon kemaafan andai kata terkasar bahasa,tersilap kata,tercakap ker dan yang sewaktu dengannya la..halalkan mana yang termakan ker terminum ker..ada masa jemput la datang ke rumah yer..umah kat pahang boleh,kat tg,karang boleh, kat putrajaya pun boleh..mana-mana pun x per..tp kn bagitau siap-siap yer..takut takde orang plak..hehehe...Kepada yang memandu utk pulang ke kampung berhati-hati lah di jalan raya..pandu dengan cermat..ingat lah orang yang tersayang..kalau penat rehat la dulu..tak guna kita berlumba nak cepat sampai ke rumah tp akhirnya berakhir dengan tragedi..masa memandu tu bayangkan la muka ayah dan ibu kita yang menanti anaknya pulang untuk berhari raya bersama..jadi..fikir-fikirkan la yer...

30 July 2010

CUSTOM ALBUM IWAN & IEBA

Bismillahirrahmanirrahim....

Lama tak mengupdate blog ni rasanya....Kali ni cuma nak berkongsi gambar dlm custom album Iwan dan Ieba...tak sempat nak tulis panjang-panjang...tgk jer la ape yang ada ni yer...
Wassalam....















15 July 2010

AKU KEMBALI SEMULA....

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya kembali semula aku setelah agak lama menyepi...Banyak keje di opis akhir-akhir ni yang menjadikan tak sempat haku nak hapdet blog ni..ish..ish...Sebab tak tau nak buat entry ape jadi aku rasa elok publish skit gambar sempena majlis pertunangan Adik aku Siti Hawa dan Pasangannya Nasir...Semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat...Kepada kawan-kawan hawa yang duk tunggu sorry deh...terbz plak..hahahaha...ok la tgk la ape yang ada yer....wassalam...

p.s: ramadhan semakin hampir....semoga kita diberikan umur yang panjang agar dapat kita bertemu lagi bulan yang mulia ini...(pinjam ayat abam acai)...hehehe...

Hantaran dari kedua-dua pihak....









Rombongan pihak lelaki yang tiba ketika hujan .....hujan rahmat....

inilah ibuku..Puan Munjiah binti Sarimon........


kehadiran si kembar dan kakaknya,Hafiz,Qistina & Haris yang memeriahkan keadaan...hahaha